Betong: Wah,biarpun kubur sedang memanggil-mangil,namun sebahagian jiwa
muda segelintir lelaki tua dan gatal rakyat Malaysia yang menjangkau 70-an menyebabkan ‘kelab tarian
bogel’ di pekan Betong, Thailand tidak pernah sunyi daripada dikunjungi
golongan yang hampir masuk kubur.
Lebih memalukan, kewujudan Masjid Jamek Al Mahadi yang terletak kurang
200 meter dari pusat maksiat ini tidak sedikitpun mencetuskan rasa malu dalam
kalangan pengunjung beragama Islam kerana lebih asyik menonton liuk lintuk
penari bogel.
Kumpulan lelaki warga emas yang datang berlibur ini didapati kerap
memenuhi pusat hiburan sekitar Jalan Chayachawalit, Jalan Mongkolprachak dan
Jalan Grandvilla 2 , yang menawarkan tarian bogel serta joget tiang kepada
pengunjung.
Pusat hiburan mendapat jolokan ‘kelab atuk nakal’ ini berbeza dari pusat
tarian bogel di Hatyai atau Bangkok, Thailand, berikutan ia membenarkan
pelanggan menyaksikan tarian bogel pada jarak dekat dengan pentas atau tiang
persembahan.
Suasana ini, sekali gus dianggap istimewa berikutan pengunjung lelaki
boleh menyentuh penari atau melihat persembahan maksiat daripada dekat.
Ini menyebabkan lokasi pusat hiburan pernah dijadikan sasaran bom jangka
puak pemisah Islam di Selatan Thailand pada 25 Julai 2014 terus dikunjungi lelaki warga Malaysia tanpa rasa
gusar.
Tinjauan wartawan dari sebuah akhbar selama tiga hari mendapati
rata-rata pusat hiburan maksiat ini dipenuhi lelaki Malaysia seawal jam 3
petang saban hari.
Antara pusat maksiat popular dalam kalangan pengunjung warga Malaysia di Betong adalah Jockey Club, Gala, Sexy Dance dan Disko 008.
Kebanyakan kelab tarian berahi ini didapati menyediakan sehingga 30
penari bogel pada satu-satu masa.
Wanita terbabit akan menari secara bergilir-gilir di atas pentas sambil
diiringi muzik rancak manakala sebahagian lagi rakan mereka melayan pelanggan
yang mengerumuni pusat hiburan itu.
Seorang lelaki warga emas yang ditemui wartawan berkata, dia sering
datang ke Betong bersama tiga rakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
“Kami bukan buat dosa teguk arak macam orang lain. Datang cuci mata
tengok perempuan seksi di sini...cuma dosa ringan.
“Tak mahal pun, tiada caj masuk kelab, cuma bayar air Coke segelas
dengan harga Baht 100 (RM10) kemudian boleh duduk tengok show sampai puas,”
katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 71.
Peraih getah berasal dari Gerik, Perak itu berkata, pertunjukan tarian
tiang atau ‘tiger show’ itu bermula seawal jam 3 petang hingga 11 malam.
“Jadi kami tak perlu tidur di Betong. Masuk sekejap untuk tengok show
dan balik ke Malaysia sebelum pintu Kompleks Imigresen Bukit Berapit di
Pengkalan Hulu ditutup,” katanya.
Seorang lagi warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Halim, 65,
berkata, lokasi pusat hiburan di Betong kini kian meriah berbanding lima tahun
lalu.
“Dulu (pusat hiburan) di Betong lengang dan terkawal, namun sekarang
terlalu ramai pengunjung dari Kedah dan Kuala Lumpur terutama ketika hujung
minggu.
“Terasa rimas sebab semua pusat hiburan dan tarian bogel berasak-asak
dengan pelanggan lain,” katanya yang bekerja sebagai pemandu teksi.
0 ulasan:
Catat Ulasan