Benarkah Umno Terbeban Dengan Rosmah?

Posted by

Kata orang kerja melepak merupakan hobi orang-orang yang tidak sibuk dengan kerja,bagi aku lepak penting untuk hilangkan tekanan,maklumlah mula Isnin hingga jumaat asyik kerja,jadi apa salahnya jika aku melepak dengan kekawan.

Berhubung dengan cerita melepak,beberapa hari lepas aku melepak disebuah warong mamak di Kuala Lumpur dengan beberapa rakan lama,mereka ini merupakan pejuang-pejuang Umno tegar.
Aku pula jenis tak reti dengan isu-isu politik semasa,apa yang aku tahu hanya memohon Allah memberi perlindungan kepada Negara  ini.

Dalam kekawan aku bersembang pom pam pom pam  ada juga isu menarik yang mereka bincangkan dan aku pula mula memberi perhatian  sebab menganggap apa yang dibicangkan oleh kekawan boleh juga di sharekan melalui blog yang tidak popular ini.

Memang panjang artikel ini,tapi berharap sangat para pembaca dapat bersabar dan meneliti setiap komen daripada kekawan aku tentang Datin Seri Rosmah Mansor Isteri Kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum aku meneruskan kepada isi sebenarnya,aku memohon kemaafan kepada Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib andai ada kata-kata yang ditulis ini menguris hati.
Sesungguhnya apa yang aku tulis ini hanya berkisar perbualan kekawan dan aku hanya menjadi tukang dengar.

Kekawan aku berpendapat  isu Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bebanan yang membimbangkan kepada UMNO  pada PRU 14 nanti.

Aku pun tak tahu mengapa Kekawan aku berkata begitu,sedangkan mereka juga adalah pejuang UMNO tidak bermusim,mungkin mereka bimbang dengan serangan terhadap isteri  Najib oleh pembangkang yang melihat kerenah-kerenah Rosmah sebagai peluru untuk menembak Najib.

Dalam perbualan kekawan aku mengenai Rosmah,tidak ada perkkataan-perkataan yang tidak sedap didengar malah kekawan aku hanya menaruh kebimbangan dengan serangan pembangkang  terhadap Rosmah boleh memberi inpak kepada UMNO memandangkan Rosmah adalah Isteri Perdana Menteri.

Kata kekawan aku,sebaik Najib Razak berada dijawatan Perdana Menteri sejak 2009 topik  dan perbualan mengenai Rosmah satu persatu timbu sehingga sekarang,tidak kiralah daripada kegemaran berbelanja barangan mewah termasuk membeli perhiasan,penggunaan jet, menjadi kerimasan dikalangan ahli umno sendiri.

Ye Ke Begitu,Atau sebab cemburu dengan Rosmah..ha ha ha

Kelakuan sebegitu rupa membuka peluang kepada  pembangkang menembak Najib,''celah seorang kawan.

Bagi aku seorang penulis jalanan ini,memang kerja musuh politik atau musuh apa pun akan sentiasa mengitai dimana lubang kelemahan kepada seorang pemimpin tidak kira pemimpin negara mahu pun yang memimpin  tentera, tidak salah berkemungkinan pembangkang berpendapat,Kelemahan Najib terletak pada Rosmah dan kerana itulah pembangkang sering menembak Najib dengan isu-isu isterinya.

Aku tidak sesekali membela apa yang dinamai isu Rosmah cuma sebagai rakyat marhaen,aku berhak berpendapat mengenai apa sahaja dan tidak berniat untuk menembak Perdana Menteri mahupun Rosmah.

Dalam perbualan berkaitan isu rosmah,kekawan aku berhujah,pada era pentadbiran perdana Menteri sebelum Najib,tidak timbul isu berkaitan isteri perdana menteri malah tidak menjadi ungkitan oleh pembangkang,kalau adapun akan hilang pergi bersama putaran jam.

Kekawan aku rasa pelik pula,apabila isu Rosmah ketika ini dilihat menjadi tugas tambahan  pemimpin UMNO  untuk menanganinya apabila diserang oleh pembangkang.Apa lagi isu Rosmah pula timbul secara berterusan malah ramai pula   yang berpendapat isu Rosmah menjadi beban kepada Umno.

Kata kawan aku lagi,  jika  Najib Razak dikatakan telah dibebani  dengan isu  1MDB, hutang negara yang meningkat dan ekonomi yang perlahan.kepimpinan yang lemah sebagaimana pembangkang laungkan kepada pentaksub mereka, isu  Rosmah juga menjadi bertambah berat untuk dipikul oleh Najib.

Aku penulis jalanan berpendapat dengan apa yang dikatakan oleh kawan aku,jika pemimpin lemah tidaklah menjadi isu atau topik bualan rakyat,malah ramai yang akan berkata,kelemahan boleh diperbaiki dengan melakukan perubahan beberapa struktur ,jadi tidak menjadi masalah besar kepada orang-orang bawah untuk mempertahankan pemimpin yang dikatakan lemah itu,kerana yakin dan percaya yang lemah itu boleh menjadi kuat jika berpakat menjadi tongkat.

Yang aku rasa tak sedap cuping telinga,apabila kawan aku kata,Apabila kepimpinan dalam UMNO turut membela dan mempertahankan Rosmah ia dianggap menambahkan lagi tugas dan bebanan yang sedia ada adalah satu pekara yang tidak patut,apa lagi soal penggunaan jet dan soal berpelukan.

Paling aku nak ketawa,apabila kekawan aku meramalkan,UMNO/BN  akan menjadi lebih tercabar lagi pada PRU 14 nanti apabila Rosmah menjadi beban kepada parti keramat itu.

Aku hanya tulis apa yang sempat aku ingat sahaja.......soalnya,benarkan UMNO terbeban kerana Rosmah,atau UMNO terbeban dengan kisah kisah ketamakkan para penguasa politik yang tidak mahu berundur bagi memberi lauan kepada muka baru.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 5:24 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan