Kerajaan Akan beri Pampasan Pada Rumah Rosak Akibat Banjir

Posted by


Program berkaitan dengan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir termasuk pembinaan bagi menggantikan semula rumah yang rusak akibat bencana itu harus dipercepatkan,kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana masalah dan juga penderitaan rakyat akibat banjir menjadi keutamaan kerajaan malah mesti ditangani dengan segera.

Diharap pihak kerajaan dapat menjalankan program membantu mangsa banjir  dengan adil dan saksama sesuai dengan moto rakyat didahulukan dalam semua aspek terutamanya membantu mangsa banjir yang terjejas teruk sehingga tiada tempat tinggal.

Mangsa banjir juga harus berusaha dan jangan terlalu mengharap bantuan daripada kerajaan semata-semata,kerana hidup ini berat sama dipikul ringan sama dibimbit.

 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jan lepas berkata kabinet bersetuju supaya rumah yang tidak rosak sepenuhnya diberi bantuan pada kadar antara RM5,000 dan RM10,000.

Manakala itu bagi  yang mempunyai tanah tetapi rumah mereka hanyut atau rosak 100 peratus akibat banjir, kabinet juga bersetuju untuk membina semula rumah di tapak mereka dengan model dipersetujui kabinet, bernilai RM48,000 sebuah.

Kerajaan Negeri yang dilanda banjir juga berusaha membantu mangsa dengan berbagai bantuan demi meringankan beban keluarga mangsa banjir.

Oleh itu,Mangsa banjir teruskanlah berdoa agar segala program murni kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dipermudah .


Bersyukurlah...


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 2:31 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan