Orang Lain Sibuk Cari Kerja Sampingan Dia Sibuk Hina Sultan

Posted by

Gambar Hiasan
Orang lain sibuk-sibuk mencari pendapatan lebih dengan pelbagai cara demi kelangsungan hidup yang serba serbi menggunakan duit,ada pula sebahagian manusia menghabiskan masa menghasut,menghina,memfitnah seolah-olah hidup ini dialah menentukan segala aturan alam.

Terkini seorang jurutera disabitkan kesalahan setelah memuat naik komen yang menghina Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah di internet.

Sebut sahaja jurutera masyarakat Malaysia tidak kira apa bangsa,agama sudah tahu tahap pelajaran yang dimiliki oleh pelaku,namun sayang perbuatannya tidak melambangkan ketinggian ilmu yang dimiliki.

Biarpun terlepas hukuman penjara selama setahun setelah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan,namun pelaku yang memiliki nama Chan Hong Keong tetap dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 sebagaimana yang telah diputuskan Mahkamah Sesyen di Butterworth.

Chan, 32, membayar denda itu. Beliau diikat jamin RM40,000, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan
Beliau didapati bersalah melakukan kesalahan itu di rumahnya di Permatang Pauh, Seberang Prai pada 12.05 pagi, 13 Feb, 2009.

Itulah kerja sampingan Chan yang tidak mendatangkan hasil sesenpun malah terbang puluhan ribu._




FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 2:36 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan