Pemikiran Pak Menteri Senilai Dengan Seikat Sayur

Posted by



Pasal apa tak logik harga ikan,ayam,sayur naik harga setelah banjir berlaku wahai pak menteri pertanian yang bernama Ismail Sabri Yaakob,sedangkan rakyat rasa semua itu.
Rakyat yang kuar duit poket beli semua itu dan sudah pasti tahu nilai sebelum banjir dan sesudah banjir berlaku,pak menteri ingat rakyat tak reti 2x5=10..kalau Tanya pak menteri 2x5 jawabnya 10 juga.
Rakyat tak mahu dengar alasan tak logit sebab rakyat sedang rasai kini,apa lagi rakyat Kelantan terpaksa beli sekor ayam yangmana beratnya tak sampai 2 kilo harga berganda dari biasa.tapi pak menteri masih lagi kata tak logik,harga sayur pula rakyat terpaksa keluar duit sekali ganda untuk dapat sekilo sayur selepas banjir berlaku,KK32 tidak tahu dinegeri lain tapi di Kelantan ia berlaku.
Pak menteri kata bekalan sayur adalah mencukupi,tapi sayur di Kelantan tidak banyak seperti biasa,bagaiman pak menteri kata sayur banyak,banyak kat mana,kat umah pak menteri ke?
Rakyat tidak bodoh,pak menteri,jadi tidak usah nak ajar rakyat dengan memberitahu pantai timur bukan pengeluar sayur utama negara,sebab rakyat juga tahu itu semua,tapi sengsara rakyat pantai timur pak menteri ada rasa atau ada tahu,cakap bolehlah pak menteri.
Harga ikan sebelum dan selepas banjir juga berbeza harga pak menteri,bukan sikit pak menteri sebaliknya rabak poket juga lah bagi mereka yang anak ramai,bagi pak menteri itu semua tidak jadi masalah kerena pak menteri bukanya duduk dilabel meskin.
Pak menteri boleh cerita Fama mengimport 20 peratus daripada bekalan sayur dalam negara untuk dijual di pasar tani atau bapaknya pasar tani,hakikatnya kami anak beranak masih tak rasa harga seperti sebelum banjir wahai pak menteri.
Cakap Pakai akal wahai pak menteri,bukan pakai kepala lutut,cakap pak menteri lagi tak logic daripada harga sayur.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 11:53 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan