Setelah Banjir, Pengutip Derma Membanjiri Warong

Posted by

Aku rasa sangsi  apabila ramai individu yang bawa kotak  ditampal dengan sticker derma banjir sambil merayu orang ramai agar menderma seberapa yang mampu.

Kalau betul okay-lah,tapi aku rasa depa itu hanya mengambil kesempatan semata mata apalagi melihat wajah pengutip derma mangsa banjir sebahagiannya memang tidak menyakinkan.

Aku pernah tanya beberapa pengutip derma mangsa banjir,dari mana mereka datang,merekapun jawablah dari mana mereka datang dan dimana mereka tinggal.kebetulan pula tempat yang depa bagi tahu itu adalah kawasan tempat tinggal aku,tak nampak pula muka mereka sebelum ini,namun setelah banjir melanda dibeberapa negeri di Malaysia,timbul pula wajah-wajah yang tidak pernah dilihat didalam kawasan penempatan yang aku tinggal sekarang.

Setelah mereka terasa diintip tahu pula takut malah selepas itu tidak-muncul-muncul lagi dan saat itulah hati aku mula rasa terdetik yang pengutip derma mangsa banjir ada sebahagiannya adalah penipu.

Sejak itu,aku mula berhati-hati dengan para pengutip derma mangsa banjir,sebelum aku menyumbang,aku pastikan gambar ,nama penuh ikut IC,no tefon peminta derma terlebih dahulu aku perolehi.

Ramai yang tidak selesa dengan cara aku,yang mana tak selesa dengan cara aku,aku akan cakap kepada pengutip derma itu supaya belah cepat-cepat.



FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 3:53 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan