Aku ore kelate dok perati usaha nak satukan PAS dengan Umno yang dah lama dok gocoh sama sek-sek isle kerana fahaman politik yang ekstrem.
Aku pulop bukanlah ahli mana-mana parti tapi nok cerito sikitlah apo yang telah berlaku dalam keluarga kerana kebanyakan anak beranak menyokong malah ahli Umno jugak.
Pada era 80an keluarga aku telah dikafirkan oleh penyokong Pas,bapak aku pula seorang tukang sembeli lembu,jadi peniaga-peniaga daging lembu banyak yang meminta pertolongan bapak aku untuk menyembelih lembu yang hendak dijual dagingnya.
Maka pada satu hari,aku dan bapak aku sedang berada dilaman rumah,tiba-tiba datanglah seorang laki-laki dengan membawa daging di tangan sebelah kanan sambil mencampakkan danging yang dibawanya dihadapan bapak aku,dagin itu pula dibelinya daripada peniaga daging yang mana daging lembu yang dijual pula bapak aku yang sembelih
“Laki-laki itu berkata,aku tak makan sembelihan orang kafir”lelaki itu terus membebel selama sekitar 15 minit,banyak pekara yang aku boleh tulis disini,tapi aku tidak mahu mengerohkan keadaan yang kini dilihat hampir jernih itu.
Cuma aku mahu katakan pendapat aku di blog ini biarpun orang lain tak setuju,bagi aku usaha untuk menyatukan PAS dan Umno adalah usaha sia-sia yang tidak mungkin berlaku,jika berlakupun tetap akan bercakaran kerana masing-masing ada dendam yang pasti satu hari akan terungkit,maka-nya tak mungkin bertahan lama.
Bagi aku yang bukan mana-mana ahli pada parti politik,terus terang mengatakan tidak setuju jika PAS dan Umno bersatu kongsi kuasa dalam satu dulang.
Buat pengetahuan, keluargaku yang rata-rata ahli Umno,tidak bersetuju jika PAS dan Umno bersatu malah ahli keluarga aku tidak akan memberi undi kepada mana-mana parti yang bersama PAS.
Bagi mereka yang melihat pentingnya kuasa orang Melayu dalam politik ramai yang setuju jika PAS dan Umno bersama,namun bagi keluarga biar apapun terjadi tetap tidak menyokong.
Jika ada yang menghina pemimpin negara aku sudah terasa ,inikan bapak aku dikafirkan,tidak terasakah? malah bapak aku juga guru al-quran dan ramai muridnya berjaya dalam bidang agama,termasuklah anak lelaki orang yang kafirkan bapak aku.
0 ulasan:
Catat Ulasan