Morfin Penerus Hidup Adik Fatini

Posted by



Kuala Lumpur etiap kali tengok dia menangis, saya pilu sebab tak boleh buat apa-apa selain harapkan morfin untuk legakan kesakitan dan buat dia tidur.

"Ibu mana sanggup bagi anak morfin tapi saya tiada pilihan tengok dia sakit (menderita), malah kalau boleh saya mahu sakit dia dipindahkan kepada saya, tetapi Tuhan dah uji, saya reda saja," kata Siti Zainab Othman, 39, ibu kepada Ainul Fatini Zamri. 13, yang menghidap barah tulang ta hap empat sejak Mei tahun lalu. Menurutnya, anak keempatnya itu terpaksa bergantung kepada morfin sebanyak 5 mililiter (ml) sehari atas nasihat doktor yang merawatnya.

"Walaupun doktor cakap pe luang dia tipis, saya tetap ber harap dia sembuh dan sihat ma-cam dulu tapi kalau memang tak dir dia begitu daripada terseksa sakit saya reda apa saja kemung-kinan yang berlaku nanti.

"Namun, sebagai ibu saya cuba sedaya upaya penuhi perminta annya termasuk menyediakan katil khas (hospital) seperti di mintanya," kata-nya.

Penderitaan Ainul Fatini men jadi viral dan mendapat perhatian ramai dalam media sosial selepas seorang aktivis masyarakat Na tipah Abu memuat naik beberapa keping gambar remaja itu di Fa cebook untuk meminta bantuan.

Natipah yang bergiat aktif dalam kerja sukarelawan dengan fokus membela nasib anak yatim sekitar Kedah sejak beberapa tahun lalu kini melancarkan dana bagi membantu meringankan beban Siti Zainab sekeluarga.

"Saya tidak sangka ia diviral kan, saya buat begini (lancar da na) bukan mencari populariti jauh sekali untuk kepentingan peribadi, tetapi niat saya tidak lebih daripada hanya untuk membantu keluarga ini. "Saya percaya, sesiapa saja pasti sebak melihat Fatini merintih dan menangis kerana sakit benjolan di belakang pinggulnya sudah bernanah, malah duduknya tidak sesempuma kita apatah lagi tidurnya juga tidak nyenyak seperti kita kerana kesakitan," ka tanya.

Menurut Natipah, pertemuan pertamanya dengan keluarga malang yang menetap di Batu Lima Sik, Kedah, itu pada 29 Di-sember lalu selepas diperkenal kan seorang rakannya.

Menurutnya, dana berkenaan dilancarkan bagi meringankan beban Siti Zainab yang mempu nyai tanggungan lapan anak ber usia antara dua hingga 19 tahun termasuk dua daripada mereka orang kurang upaya (OKU) selain tiga masih bersekolah. "Saya difahamkan. bapa Fatini berada di pusat tahanan di Perak manakala Siti Zainab yang du unya menoreh getah sudah berhenti kerja kerana memberi perhatian kepada Fatini dan dua anak OKU nya.

"Saya dapat rasakan wanita ini sangat tertekan menghadapi kea daan ini seorang diri hanya ber gantung harap kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Ma syarakat (JKM) yang tidak seberapa sedangkan dia memer lukan lebih daripada itu untuk meneruskan hidup termasuk perbelanjaan makan minum, persekolahan selain sewa rumah RM150 sebulan.

"Saya bemiat membantu me ringankan bebannya dengan mencari dana," katanya. Orang ramai yang bersimpati boleh menghubungi Natipah Abu di talian 019-4756373 untuk se-barang maklumat dan menghu lurkan bantuan.

Kongsikan dengan fb anda,manalah tau ada yang terbuka hati untuk membantu adik Fatini dan Allah tahu membalasnya

Metro Ahad-MS 3/1 Jan 2015


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 2:16 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan