aku sebagai penulis blogger jalanan yang tidak fanatik kepada mana-mana pemimpin negara atau mantan pemimpin biar pun sealiran pada sokongan parti .
itu adalah sifat semula jadi yang tuhan anugrah pada aku,jika sesiapa berlaku tidak baik sama ada dia pembesar negara mahupun pun tidak,aku tetap tidak sokong biarpun tidur sebantal,bahasa mudahnya aku bukan pengampu.
apa yang aku mahu jika dimakbul Allah,biarlah negara ini di tadbir oleh orang-orag Islam tidak kiralah siapa dia,kerana Allah lebih mengetahui siapa lebih layak dari kalangan yang berkelayakan.
dalam perjuangan fanatik dan mengutamakan kebendaan bukan perangai aku,namun aku perlu kebendaaan demi perjuangan.
Aku tidak dengki dengan sesiapa yang dikurniaankan kekayaan,kerana aku tahu agihan rezeki bukan kuasa makhluk.
aku juga tidak pernah persoalkan kerajaan yang dipimpin datuk seri najib boleh kekal sampai bila,dan aku juga tidak pernah gusar najib boleh bertahan atau tidak setelah pru 14 diadakan atau najib tersungkur sebelum pru,sebab apa? sebab aku tahu ilmu makhluk tidak dapat atasi ilmu Allah.
Aku juga tidak gusar dengan usaha musuh-musuh najib yang sedang berusaha memberi tekanan,kerana aku tahu berjaya atau tidak semuanya dengan izin Allah.
Allah berkuasa melantik hambanya bernama muhammad saw menjadi rasul sampai akhir hayat walaupun muhammad saw diancam dengan berbagai cara oleh musuh.
Allah juga telah membuktikan kuasanya melantik najib jadi perdana menteri malaysia,tidak ada sebarang keraguan Allah juga boleh menarik kurnian-Nya pada najib dan pada semua makhluk pada bila-bila masa.
Hari ini orang-orang umno ada yang menyokong perjuangan najib dan ada juga yang menyokong tun m sehingga berperang sesama bangsa dan agama dilaman sosial,sehingga terserlah sifat kefanatikan masing-masing.
Menuduh penyokong najib dan tun m ada kepentingan kerana mempertahankan dua insan itu,namun jika dengan musuh politik sebenar sanggup menikus.
Dapat apa kau sokong najib,dapat apa kau sokong tun m,menjadi pekara biasa,seolah-olah kedua makhluk jadian Allah itu yang memberi rezeki kepada mereka.
mengatakan,kerana najib umno/bn akan tumbang seolah-olah membelangkangi bahawa Allah-lah lebih berkuasa.
normalnya,pemimpin tetap silih berganti,para rasul juga begitu sehingga rasul terakhir,namum para fanatik tak faham atau buat-buat tak faham.
kau bodoh sokong najib,kau bodoh sokong tun m,,,wal hal sama-sama manusia yang ada kelemahan namun kerana fanatik tak pernah pula nak cermin diri.
lain kali kita bertemu.
terima kasih tuan blog izinkan aku menulis kali ini..
0 ulasan:
Catat Ulasan