Bersih 4 Amat Kotor Lagi Mngotorkan Bangsa dan Agama

Posted by

Insiden memijak gambar pemimpin pada perhimpunan haram BERSIH 4.0, adalah perbuatan biadab dan melampau. Walaupun pihak penganjur mendakwa perhimpunan kali ini ‘bersih’  dan berjalan lancar, tiada rusuhan dan kerosakan harta benda, jauh di sudut hati rakyat khususnya orang Melayu, tindakan memijak gambar telah mencalar dan merobek maruah bangsa dan agama.
Rata-rata yang menonton insiden berkenaan melahirkan rasa kesal dan marah terhadap tindakan peserta perhimpunan haram BERSIH yang memijak gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Razak. Malah tindakan itu juga dilihat menghina kedua-dua pemimpin Islam berkenaan.
Pada 29 dan 30 Ogos lalu,sebuah video klip berdurasi 35 saat yang merakamkan perbuatan dua suspek wanita memakai kemeja T kuning berlogokan BERSIH, sedang memijak poster pemimpin berkenaan tersebar di internet dan menjadi viral dalam laman sosial. Malah jumlah mereka yang memijak gambar pemimpin berkenaan dikatakan lebih enam orang dan ini tidak termasuk insiden yang tidak dirakamkan.
Mungkin ada yang berpendapat tulisan ini berbaur perkauman. Namun apakah reaksi jika pemimpin mereka, atau ibu bapa mereka dilakukan sedemikian? Apa yang mereka rasai jika pemimpin atau ibu bapa di letakkan bunga seolah-olah sudah meninggal dunia dan diletakkan di atas longkang lalu dipijak sesuka hati? Jika diamati rakaman insiden berkenaan, mereka tidak langsung rasa bersalah, malah berbangga, gembira, berselfie dengan tindakan mereka.
Getus perbalahan, rusuhan
Namun mereka tidak sedar tindakan itu mengundang rasa amarah yang meluap. Tindakan ini sebenarnya membakar api perkauman dan jika tidak dikawal dan dibendung, boleh mewujudkan perbalahan dan rusuhan kaum.
Lalu kita bertanya kepada pihak penganjur, adakah mereka akan bertanggungjawab terhadap tindakan biadab ini? Jika berlaku rusuhan atau tindakan yang boleh memporakperandakan kaum dek insiden ini, adakah kita boleh menganggap perhimpunan haram BERSIH sebagai perhimpunan api perkauman?
Dalam kita menyambut Hari Kebangsaan dengan tema Sehati Sejiwa, perhimpunan haram BERSIH ini menyemarakkan lagi semangat perkauman. Tindakan berkenaan secara tidak langsung adalah provokasi melampau terhadap penyokong serta ahli PAS dan UMNO.
Pelakuan memijak gambar pemimpin jelas bukan budaya rakyat Malaysia, tetapi ia dilihat cuba dijadikan sebagai budaya oleh penganjur dan peserta demonstrasi itu.
Jelasnya, perhimpunan haram BERSIH tersasar daripada matlamat sebenar yang kononnya menuntut keadilan dalam pilihan raya. Namun, apa yang dapat diamati terlalu kurang poster atau kain rentang atau apa sahaja bentuk komunikasi yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
Ternyata perhimpunan haram ini dijadikan platform untuk menyuburkan rasa kebencian terhadap pemimpin dan kerajaan. Persoalan lain pula yang dituntut dan diperjuangkan. Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa tindakan seumpama itu boleh menyemarakkan tuduhan bahawa perhimpunan BERSIH sebagai himpunan perkauman dan antikeamanan.
Manifestasi kemarahan rakyat terhadap insiden ini dapat dilihat apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih 250 laporan dari seluruh negara berkaitan peserta perhimpunan haram BERSIH.
Heret penganjur ke muka pengadilan
Kita mengharap agar pihak PDRM mengheret si pelaku memijak gambar dan pihak penganjur kerana perbuatan itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Gejala seperti ini akan mencemarkan suasana politik dengan sikap ekstrem dan boleh mengun-dang tindak balas di luar kawalan.
Mungkin tidak semudah tuntutan agar penganjur BERSIH tampil memohon maaf dan menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu begitu sahaja. Namun, perlu diingat bahawa insiden ini telah melukai dan membangkitkan kemarahan sebaha-gian rakyat dan tindakan melampau ini perlu dihukum dan dihadapkan ke mah-kamah.
Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media,
Universiti Teknologi MARA


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 4:43 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan