Kalau Pas Kerjasama Dengan PKR,Keuntungannya Dapat Pada DAP

Posted by

Aku rasa daripada bercakap tanpa sedikit analisis yang dibuat orang lain mahu pun sendiri adalah lebih baik baca posting yang boleh difikirkan sebagai jalan mencari jawapan.

Posting yang aku cedok ini ,aku pikir boleh di renung bersama oleh ahli politikus,mudah paham dari bawah sampai atas apa yang ingin disampai kan oleh penulis.

Harp PAS tak usah tunjuk baik sangat,dalam politik semua boleh,tak perlulah serah hasil keuntungan niaga kepada orang lain..bdohlah kalau buat jugak.
...................................

Analis dari pembacaan Harakah Daily menunjukkan Pakatan Harapan ( yang tiada harapan ) akan tempang tanpa penyertaan PAS
Pada PRU 13,Pas menerima jumlah undi sebanyak 2,133,944 undi atau 22.34 peratus daripada 4,879,699 undi atau 51.09 peratus jumlah keseluruhan undi yang diterima Pakatan Rakyat pada PRU13.
PKR pula menerima 1,303,457 undi atau 13.65 peratus manakala DAP mendapat 1,44,298 undi atau 15.10 peratus.
Memang benar seperti yang dipertikaikan, mengapa Pas mendapat undi besar pada PRU 13?.
Antaranya,tempat-tempat yang ditandinginya tidak ditandingi oleh PKR dan DAP, sudah tentulah pengundi yang menolak BN tidak ada pilihan selain memberi undi pada Pas ,sama ada penyokong PKR atau DAP.
Apakah PRU 14 nanti Pas dapat mempertahankan riputasi itu?.
Tidak mungkin berulang lagi, kerana tempat-tempat yang ditandingi bukan lagi satu lawan satu, kerana Pas bukan lagi berada dalam Pakatan Pembangkang yang dulunya Pakatan Rakyat, kini Pakatan Rakyat 2.0 atau turut dikenali Pakatan Harapan.
Bagaimana hubungan antara Pas dan PKR?.
Setakat ini usaha untuk Pas berkerjasama dengan PKR masih samar-samar ,apa lagi PKR secara rasminya berada dalam Pakatan Rakyat 2.0 dan sudah tentulah pemimpin Pas memerlukan masa untuk menentukan kerjasamanya dengan PKR.
Adakah Pas akan bertanding di Parlimen dan DUN yang ditandingi PKR pada PRU 14 jika kerjasama antara dua parti itu berlaku?.
Ini lah persoalan yang sedang berlegar dalam kepala pemerhati politik tanah air dan penyokong Pas juga PKR.
Jika Pas tidak bertanding di kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi PKR, ibarat seorang peniaga yang memberi segala untung dari hasil perniagaan kepada orang lain.
Untuk baca selebihnya pergi ke Hot Kelate


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 2:05 PTG

0 ulasan:

Catat Ulasan