Umno Mula Perlu Orang Bukan Islam

Posted by




Allah Ta’ala berfirman:

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ * وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا قَالُوا قَدْ سَمِعْنَا لَوْ نَشَاءُ لَقُلْنَا مِثْلَ هَٰذَا ۙ إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

“Wahai Muhammad, ingatlah ketika kaum kafir Makkah mengatur siasat buruk terhadapmu, untuk menangkap kamu atau membunuh kamu, atau mengusir kamu dari Makkah. Mereka melakukan tipu daya terhadap kamu, lalu Allah menyelamatkan kamu dari tipu daya mereka. Allah adalah sebaik-baik pengatur tipu daya untuk menghancurkan orang-orang kafir. Wahai Muhammad, ketika kamu membacakan Al-Qur’an kepada kaum musyrik Makkah, mereka berkata: “Kami mendengar. Sekiranya kami mau membuat bacaan seperti Al-Qur’an, maka kami juga bisa melakukannya karena Al-Qur’an itu hanyalah dongeng-dongeng masa lalu.” (QS. Al Anfal, 8: 30-31)

Orang-Orang kafir selalunya akan menggunakan strategi lain selepas tidak berjaya menakluti pegangan dan pemikiran amanah orang-orang Islam dengan cara zahir atau berdepan.
Ketika Nabi Muhammad S.A.W diburu dengan pelbagai cara oleh orang kafir termasuk mengusir dari kota Makkah,mahu menangkap malah mahu membunuh Nabi Muhammad S.A.W,tapi tidak pernah berjaya sehingga wafatnya baginda.

Ketika hayat Baginda Nabi Muhammad S.A.W menyebar dakwah sebagaimana yang diperintah Allah Taala,musyrikin Makkah rasa tercabar lalu melekehkan bacaan ayat-ayat quran dengan berkata,kami dengar malah jika mereka mahu membuat bacaan seperti quraan juga boleh dilakukan.

Terbukti apa yang mereka cakap itu benar apabila lahir pembaca quran dikhalayak Islam malah orang Islam turut kagum dan bertepuk sorak.Hal seperti era moden ini berlaku ketika hayat Nabi Muhammad S.A.W.Bezanya orang-orang kafir hanya bersorak sesama mereka kerana berjaya melakukan bacaan quran sebagaimana orang-orang Islam.

Manakala tujuan mereka hanyalah untuk mengelirukan orang-orang Islam yang lemah Imannya.
Namun begitu,sama ada sedar atau tidak,timbul sekelompok manusia Islam yang berjuang berdasarkan parti politik mengakui itu semua dari kesan dakwah mereka.

Hal yang diketahui oleh orang-orang Islam,tapi buat tidak tahu,'iaitu orang kafir sejak dari dulu lagi mempelajari segala bidang ilmu Islam untuk mencari kelebihan dan kelemahan orang Islam dalam bab tertentu terutamanya dari sudut aqidah.

Mereka sanggup membayar harga tinggi demi strategi menakluki aqidah orang Islam sehingga ada yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk memurtadkan orang-orang berilmu dalam Islam terutamanya para penghafal qalam Ilahi.

Orang-orang kafir juga cuba mengelirukan umat islam dengan dakyah,bahawa quran hanyalah perkataan dusta yang direkayasa oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W,malah dibantu oleh sekelompok kaum Yahudi dan Nasrani.

Apa yang orang-orang kafir cuba terapkan dalam pemikiran orang Islam,bahawa Quran itu turut di rekayasa oleh Yahudi dan Nasrani malah mereka juga mendakwa solat orang Islam sebenarnya ikut cara Yahudi.

Tujuan mereka tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menimbulkan keraguan dihati penganut Islam,sekaligus menimbukan perbahasan yang membawa kearah tergelincirnya aqidah benar yang dipegang sekian lama oleh umat Islam.

Maka dengan itu lahirlah kelompok yang menyamaratakan agama.iaitu,Yahudi,Nasrani dan lain-lain itu sama sahaja dengan agama Islam.
Strategi halus mereka telah berjaya menyesatkan umat Islam satu persatu untuk memadam cahaya Allah dengan mulut dan ilmu(strategi) yang didalaminya.

Benarlah Firman Allah“Sebahagian besar ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sungguh ingin seandainya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekufuran setelah kamu beriman kerana timbul rasa hasad dengki dari dalam hati mereka setelah jelas kebenaran kepada mereka.

Kini era manusia berpolitik untuk berkuasa,kelebihan strategi ada pada klompok kecil bukan Islam yang menentang pemerintah secara terangan mahupun gerakan halus.

Apa yang dibuat oleh kerajaan,sama ada baik atau tidak mereka tetap tidak akui,wal hal apa yang mereka nikmati hari ini adalah dari rencana kerajaan yang dituduh tidak lestari.

Sesuai dengan pegangan para pendakyah Nasrani,bahawa peranan mereka bukanlah mengkristiankan orang-orang Islam tetapi mengeluarkan mereka daripada Islam supaya menjadi makhluk yang tidak ada hubungan dengan Allah dan tidak berakhlak.”

Akuilah,hal hal ini telah berlaku.malah pengamal laman sosial seringkali dihidangkan dengan maki caci kepada pemimpin sebuah parti yang diterajui oleh orang Islam.

Segalanya bermula dengan berbagai macam fitnah terhadap pemimpin beragama Islam.termasuk membunuh seorang model,cicin 24 juta,RM2.6 bilion.

Setelah berjaya ditanam dengan program hitam dikepala para pemikir lemah,segala tuduhan terhadap pemimpin beragama Islam turut dipercayai malah memaki caci sesama Islam.

Jika orang-orang kafir berjaya menimbulkan keseronokan kepada orang-orang Islam sehingga sahutan takbir bergemar ketika qalam tuhan dibaca oleh mereka,tidak hiaranlah Bajet 2016 orang Islam dalam parti bukan pro pemerintah turut mengatakan Bajet 2016 yang diumumkan adalah paling teruk.

Jika pemerintah berfahaman komunis sanggup berkata,Mustahil komunis boleh berkuasa sebelum Islam dapat diganyang habis-habisan,tidak mustahil kelompok yang ada di negera ini tidak faham apa maksudnya.




FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 1:00 PG

0 ulasan:

Catat Ulasan