Kenapa Mahathir Membrontok dan Rela DAP Jadi Perdana Menteri

Posted by



Salam semua pembaca budiman,semuga sukses selalu dalam semua hal yang dilakukan.

Hari ini nak sentuh sikit berkaitan politik tanah air yang sedang membakar rasa hati rakyat Malaysia.

Sejak akhir akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai skandal pemimpin negara yang diharap mengembalikan imej politik bersih yang selama ini dilihat penuh dengan sampah dan  bangkai sehingga ada yang anggap politik hari ini seolah olah politik rimba,asas politik rimba siapa kuat dialah raja.

Dan begitulah apa yang berlaku sehingga ada yang sanggup bekerjasama dengan musuh tradisi asalkan dapat memenuhi hasrat hati.

Samada kurang pengikut atau sebaliknya itu soal lain,lagi pun dalam dunia politik tidak sama dengan dunia perniagaan.

Dunia perniagaan pastinya akan menolak orang yang sentiasa menentang keterbukaan perniagaan sesebuah syarikat,kerana hal itu tidak menguntungkan perniagaan.

Dalam politik orang dahulunya musuh yang amat tidak disukai akan diterima asalkan matlamat atau tujuannya sama walaupun dasar perjuangan berbeza jauh.

Begitulah yang terjadi hari ini,Mahathir yang selama ini dilihat kuat dan berwibawa dalam arena politik tanah air telah mula menunjukkan kelemahannya apabila mula bersama pembangkang untuk menundukan Najib.

Kita boleh kata,bila bertambah sokongan kumpulan itu akan kuat,masalah yang belum difikir kerana keterbukaan Mahathir akan memakan diri sendiri,kerana tujuan Mahathir hanya mahu jatuhkan Najib dan digantikan dengan Muhyiddin  atau Mukhriz.

Pembangkang pula tidak sekadar mahu jatuhkan Najib malah Barisan Nasional juga harus dipadamkan dibumi Malaysia ini supaya mereka berpeluang memerintah negara ini.

Bagi pembangkang tidak cukup dengan menjatuhkan Najib jika BN masih menerajui pemerintahan negara.

Andainya benar Najib berjaya dijatuhkan,diganti Perdana Menteri baru juga dikalangan UMNO, bagi pembangkang tidak menguntungkan mereka.Malah tiada siapa dalam politik yang akan berjuang tanpa memberi sebarang kelebihan padanya.

Mahathir mahu Najib diturunkan,tapi tidak mahu BN ditumbangkan.Pembangkang mahu Najib dan BN ditumbangkan.

Hal ini satu ketidak persefahaman diperingkat asas deklarasi dan bagaimana mereka boleh bekerjasama walaupun berjalan seiringan.

Rakyat kena bijak memilih untuk menyokong atau tidak,kerana tidak seiringan dalam perjuangan tidak akan melahirkan satu kemenangan bagi yang menentang Najib.

Kita harus bijak menilai,kenapa Mahathir awal awal lagi rela membenarkan DAP yang pernah menjadi musuh politiknya ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebagai pemerintah menggantikan Barisan Nasional (BN).

Negara ini diperintah oleh parti yang menang majoriti dalam pilihan raya dan mana-mana parti politik yang majoriti layak memilih calon untuk jawatan Perdana Menteri.

Manakala Yang di-Pertuan Agong ada budibicara dalam hal...
Melantik Perdana Menteri
Perkenan bubar Parlimen
Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja
Mengampun kesalahan
Memberikan anugerah

Jika ada yang berkata Mahathir berpaling dari Perlembagaan Persekutuan ia tidak tepat sama sekali.

Kuasa tertinggi rakyat adalah boleh memilih mana-mana parti politik yang bertanding dalam pilihan raya dengan memberi undi mereka.

Kuasa rakyat juga paling ditakuti oleh mana-mana parti politik yang memerintah negara mahu pun negeri.

Kita sebagai rakyat yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan kedudukan parti mana yang akan memperolehi majoriti harus bijak meletakan pilihan.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 11:22 PG

0 ulasan:

Catat Ulasan