IBU BACA YASIN MAHU LIHAT KEJAYAAN ANAK-ANAK

Posted by

JERANTUT - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 2 di sini, terus mengadakan program bacaan Yasin pada hari terakhir Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai usaha ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak mereka.

Program yang disertai 30 ibu bapa di surau sekolah tersebut sebagai ikhtiar selain memberi motivasi untuk anak masing-masing supaya dapat menjawab kertas terakhir, subjek Sains, semalam.

Ibu salah seorang calon UPSR sekolah berkenaan, Ramarulnaziah Mohd Said, 40, berkata, dia hadir ke sekolah sejak peperiksaan UPSR bermula pada Isnin lalu bersama-sama dengan rakannya untuk membaca Yasin.

“Harapan kami, dengan usaha ini dan doa yang berterusan, anak-anak kami diberi kekuatan mengingati ilmu pengetahuan yang dipelajari dan menterjemahkan ia menerusi jawapan dengan sempurna dan betul,” katanya.

Menurutnya, bacaan Yasin itu pendekatan memohon keberkatan ALLAH SWT setelah anak mereka belajar selama enam tahun di samping bertawakal supaya memperoleh kecemerlangan 6A UPSR tahun ini.

Sementara itu, Guru Besar SK Felda Kota Gelanggi 2, Jamalludin Baharun berkata, majlis bacaan Yasin dan solat dhuha sebelum ini dikendalikan guru Pendidikan Islam dan PIBG untuk memohon supaya seramai 45 murid tahun 6 sekolahnya beroleh kejayaan.

Beliau berkata, pihak sekolah berterima kasih dan kagum dengan kesungguhan ibu bapa menyertai majlis bacaan Yasin sepanjang peperiksaan itu berlangsung sejak empat hari lepas.
-Sinar Harian


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 11:22 PG

0 ulasan:

Catat Ulasan