Rakyat Terbeban Harga Sayur RM10,Menteri Kata Tidak Logik

Posted by

Ahli Parlimen Bera yang dilahirkan di Termeloh Pahang menyifatkan sebagai tidak logik ikan dan sayur mengalami kekurangan bekalan kerana banjir dan harga terpaksa dinaikan,kenyataan beliau di siarkan oleh Bernama pada 7 Jan 2015.

Nampaknya menteri pertanian hanya tahu kata tidak logik namun begitu buktinya harga sayur sebelum banjir RM3 kini melambung sehingga RM10 di Lembah Klang.Bagaimana pula di negeri yang dilanda bah besar?

Seorang pegawai kanan Pejabat Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor pula berkata,kenaikan harga sayur-sayuran sepatutnya tidak berlaku,ini kerana sayur sperti kacang buncis,sawi,bayam diperolehi di dari Hulu Yam dan Cameron Highlands.
Jadi,logiK atau tidak rakyat kini bertambah tertekan dan bertambah beban apabila kos sara hidup terus meningkat.

Apakah menteri berkaitan anak kelahiran Termeloh dari Barisan Nasional yang mendapat undi sebanyak 18051 ketika ditentang oleh Mazlan Aliman dari PAS tidak boleh berbuat apa-apabila peniaga sayuran terus menaikan harga,jadi buat apa rakyat bagi mandat pada beliau.

Manakala itu, Pejabat Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor pula memberitahu pihaknya tidak boleh mengambil tindakan berikutan sayur bukanlah barang kawalan

Cuma mereka hanya boleh memberi nasihat kepada peniaga agar tidak menaikan harga.
Adakah ertinya,jika barangan bukan dalam kawalan peniaga boleh menaikan harga sesuka hati pada bila-bila masa,kerdilnya kuasa yang ada pada mereka yang mengawal selia harga barangan keperluan harian rakyat,manakala menteri pula hanya tahu ungkap kata-kata tidak logik dan rakyat pula terus terpekek terlolong akibat kos sara hidup terus meningkat. Menteri pula terus ambil gaji dari duit rakyat.

Artikel terdahulu saya ada komen disini


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 11:31 PG

0 ulasan:

Catat Ulasan